Info PPDA Minggu 29 Tahun 2021

 Info PPDA Minggu 29 Tahun 2021

Sejarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan

1952

Usaha awal Kerajaan menangani isu dan masalah dadah adalah melalui tindakan undang-undang dengan menguatkuasa Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi pelaksanaan undang-undang ini dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan secara berasingan.

1972

Biro Narkotik Pusat di bawah Kementerian Undang-undang telah diwujudkan untuk mengawal dan mengawasi masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan, penyelarasan dan penyelidikan.

1972

Memandangkan gejala dadah yang semakin serius, maka pada tahun 1975 Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah (JKMD) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Fungsi dan tanggungjawab JKMD adalah untuk menyemak dan menetapkan dasar mengenai penggunaan, pencegahan dan pembasmian dadah.

1978

Unit Bertindak Eksekutif (UBE) ditubuhkan pada tahun 1978 dan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri. Fungsi dan tanggungjawab UBE adalah untuk menyelaras pelaksanaan segala keputusan dan perakuan berkaitan pengawalan dan pencegahan dadah yang dibuat oleh JKMD.

1983

Lanjutan dari perkembangan ini, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 22 Jun, 1983 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah (JKAD) dan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) untuk bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara dalam semua aspek masalah dadah. Dengan itu, JKMD dan lain-lain jawatankuasa anti dadah yang ditubuhkan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah telah dimansuhkan.

 

1995

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri untuk menggabungkan semua agensi/unit yang bertanggungjawab menangani masalah dadah ke dalam satu agensi tunggal. Agensi-agensi yang terlibat ialah Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, KDN; PPAD, JPM; Unit Pencegahan Penyeludupan, JPM; Cawangan Anti Dadah, PDRM; Bahagian Farmasi, KKM; Unit Khas Dadah, Kementerian Pendidikan; dan Unit Narkotik, JKDM.

1996


 

2004


 

2007

Bahagian Penguatkuasaan ditubuhkan

 

2010

 

2017

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ulasan